Visi
Melahirkan atlit yang cemerlang dan masyarakat yang sihat aktif, produktif, berwibawa, berdisiplin dan bersemangat patriotik.
Misi
Mengwujudkan dan membangun masyarakat Malaysia ke arah mengembalikan kecemerlangan melalui program-program Belia dan Sukan"
Objektif
· Membentuk masyarakat akan lebih bertanggungjawab kepada Ugama, Bangsa dan Negara.
· Menyediakan program yang berbentuk latihan kepimpinan, kemahiran serta menyusun rancangan yang berasaskan wawasan yang sihat dengan berpandukan kehendak belia dan aspirasi negara.
· Menyediakan program perkembangan dan pembangunan belia bagi menimbulkan kepercayaan diri sendiri serta menanamkan sikap kesukarelawanan dikalangan belia.
· Membolehkan belia memperkembangkan kesedaran dan persefahaman antara bangsa, supaya menyedari kedudukan Negara Malaysia dalam ASEAN, Serantau Asia, Komanwel, dan antarabangsa dengan penyertaan belia dalam latihan, seminar, perkhemahan, pertandingan dan pertukaran program dua hala atau serantau di luar negara.
· Membanyakkan bilangan masyarakat yang melibatkan diri secara langsung pada kegiatan riadah dan sukan untuk masyarakat dengan menyediakan prasarana dan program-program sukan yang tersusun, terancang, terpimpin melalui temasya/pesta dan pertandingan.
· Menggalak dan mewujudkan peluang kearah mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa.
Matlamat
· Menanamkan semangat kebangsaan dan menyahut seruan kerajaan
· Menanam dan mengukuhkan masyarakat yang bersepadu melalui program-program yang berteraskan Malaysia Sihat.
· Memperkembangkan di kalangan belia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta menanamkan dalam diri belia sikap dan kualiti bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, serta dapat menyesuaikan diri dan berdikari bagi pembangunan negara disamping mengukuhkan kepaduan negara.
· Meningkatkan profail belia melalui penyertaan belia di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
· Membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada Melahirkan ahli-ahli sukan Elit dan berprestasi tinggi bagi penyertaan sukan-sukan serantau dan antarabangsa.
· Menjadikan aktiviti Sukan sebagai satu kaedah pembangunan sosial, menggalakkan pergaulan, persaingan sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri melalui penyertaan aktiviti Sukan Untuk Masyarakat.
· Mempertingkatkan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan.